Asal-usul Semua hak cipta terpelihara

Frasa ini berasal dari Konvensyen Buenos Aires 1910. Perkaar 3 Konvensyem memberikan hak cipta ke atas sesebuah karya yang dicipta di semua negara penandatangan Konvensyen asalkan "kenyataan pelindungan hak cipta" ada pada karya tersebut.[2] Frasa all rights reserved tidak disebutkan secara langsung dalam teks itu namun telah memenuhi syarat tersebut.

Sejumlah traktat hak cipta tidak selalu memerlukan keformalan ini. Contohnya, Konvensyen Hak Cipta Sejagat 1952 menyertakan simbol © sebagai indikator perlindungan.[3] (Di Amerika Syarikat simbol ini diperkenalkan pada pindaan UU Hak Cipta 1909 pada 1954.[4]) Konvensyen Berne menolak keformalan ini dalam Perkara 4 semakan 1908,[5] sehingga pencipta yang hendak melindungi karya ciptaannya di negara yang menandatangani Konvensyen Berne tidak harus menyertakan kenyataan ini. Namun, kerana bukan semua penandatangan Konvensyen Buenos Aires ialah anggota Konvensyen Berne atau Konvensyen Hak Cipta Sejagat, dan khususnya Amerika Syarikat tidak menyertai Konvensyen Hak Cipta Sejagat sehingga 1955, penerbit yang berpusat di negara penandatangan Konvensyen Buenos Aires melindungi karyanya di kebanyakan negara antara 1910 dan 1952 dengan menambah frasa ini dan simbol hak cipta.[6]

Rujukan

WikiPedia: Semua hak cipta terpelihara http://www.iusmentis.com/copyright/allrightsreserv... http://www.copyright.gov/fls/fl100.html http://www.copyright.gov/history/studies/study7.pd... http://www.wipo.int/copyright/en/activities/copyri... //www.worldcat.org/oclc/879423922 https://books.google.com/?id=to9_AwAAQBAJ&pg=PA149... https://books.google.com/books?id=to9_AwAAQBAJ&pg=... https://repository.jmls.edu/lawreview/vol41/iss2/7... https://jdebp.eu/FGA/law-copyright-all-rights-rese... https://web.archive.org/web/20050320042452/http://...